Thursday, September 29, 2011

aku dan kau berbeza

kita berbeza
jauh dari segi rupa
dan segalanya
mungkin masih ada persamaan
tersepit dalam perbalahan
dan mungkin kita akan terus berbeza
tanpa ada kasih dan sayang...

Monday, September 12, 2011

perubahan

orang kata kalau kita nak berubah baik beritahu orang.
kalu nak diet bagitahu orang juga.kalu makan banyak orang akan tegur.
kalau nak berhenti merokok..orang akan ingatkan juga
kalau kita tak buat kita mesti rasa malu.
iman manusia turun naik.macam tu jugak semangat.ada sahaja perkara yang cuba menurunkan kadar semangat kita. yang aku perasaan.satu benda je.NAFSU!!!!
suka bertangguh.itu NAFSU MALAS.suka fikirkan benda yang buruk2..itu juga nafsu jahat diri manusia juga.
haiish..nama pun manusia.PELUPA.memang perlu diingatkan.setiap masa.setiap ketika.

Thursday, September 8, 2011

cari

apa yang aku cari
aku tak pernah temui
adakah aku seperti lalang
mengikut angin yang tak pernah berhenti

jika subuh esok aku tertidur
tertidur yang tiada bangunnya
apa yang akan aku jawab di sana
abadi suci itu yang ku cari


Thursday, June 16, 2011

lihat ke langit


lihat ke langit
terbentang seluas biru
penuh rahsia penuh misteri
apa di di atas
hanya DIA yang tahu

lihat ke langit
masih bernyawa
udara itu percuma
tanda kasih yang Esa

lihat ke langit
sebesar ciptaan
ada di atas
dan aku hanya hamba
di bawah dari tanah