Thursday, September 29, 2011

aku dan kau berbeza

kita berbeza
jauh dari segi rupa
dan segalanya
mungkin masih ada persamaan
tersepit dalam perbalahan
dan mungkin kita akan terus berbeza
tanpa ada kasih dan sayang...

Monday, September 12, 2011

perubahan

orang kata kalau kita nak berubah baik beritahu orang.
kalu nak diet bagitahu orang juga.kalu makan banyak orang akan tegur.
kalau nak berhenti merokok..orang akan ingatkan juga
kalau kita tak buat kita mesti rasa malu.
iman manusia turun naik.macam tu jugak semangat.ada sahaja perkara yang cuba menurunkan kadar semangat kita. yang aku perasaan.satu benda je.NAFSU!!!!
suka bertangguh.itu NAFSU MALAS.suka fikirkan benda yang buruk2..itu juga nafsu jahat diri manusia juga.
haiish..nama pun manusia.PELUPA.memang perlu diingatkan.setiap masa.setiap ketika.

Thursday, September 8, 2011

cari

apa yang aku cari
aku tak pernah temui
adakah aku seperti lalang
mengikut angin yang tak pernah berhenti

jika subuh esok aku tertidur
tertidur yang tiada bangunnya
apa yang akan aku jawab di sana
abadi suci itu yang ku cari


Thursday, June 16, 2011

lihat ke langit


lihat ke langit
terbentang seluas biru
penuh rahsia penuh misteri
apa di di atas
hanya DIA yang tahu

lihat ke langit
masih bernyawa
udara itu percuma
tanda kasih yang Esa

lihat ke langit
sebesar ciptaan
ada di atas
dan aku hanya hamba
di bawah dari tanah

Sunday, May 8, 2011

jemput2 ikan bilis versus hari ibu


salam..

hari ni Hari Ibu. hari yang orang akan hargai mak2 masing-masing. wish, bagi hadiah.ada bagi hand bag, perfume, belanja makan..atau yang paling cikai pon kad la.material2 things ni semua tak penting.yang lebih penting adalah niat kita kan???? ikhlas, jujur nak gembirakan ibu masing2.

pagi2 aku dah tepon mama.pukul 11 la.kira pagi la untuk aku.^__^. wish selamat hari ibu, borak2, kira dah rutin la tu bila dapat anak bergelar perantau ni. bila dah dengar mama macam dah mula nak sedey aku mula tukar topic mintak resipi jemput2 ikan bilis. mama aku dah gelak2 anak dara dia mintak resipi.tanya bahan2..instructions aku pon mula semangat..sempat lagi aku cakap kalau jadi jemput2 nie yatie bagitahu nanti okey!!

tang tung..tang tung..siap gak jemput2 ikan bilis.pestime ni aku buat sendiri.housemate aku kata ok..sedap ke tak tu aku rasa macam ok je..aku terus mesej mama kata jemput2 aku jadi..aku rasa ni dah jadi hadiah paling best la kat mama bila anak dara dia dah pandai goreng cucur ikan bilis.( bajet macam masak nasi briyani kambing) =)

bagi aku bukan cucur ikan bilis ke, nasi briyani vs handbag louis vuitton atau jam guess tapi yang paling penting kasih sayang pada mak, umi, mama anda sekalian.bukan untuk 1 hari ini sahaja.penghargaan itu harus diberi hari2 tanpa rasa jemu.sebab mak kita tak pernah jemu nak mengandung,melahirkan,besarkan kita. cuba korang fikirkan mak kita tiba2 jadi boring masa bersalin,tak ke kau tersekat kat dalam tue????

daaa!!

Thursday, March 10, 2011

assalamualaikum cikgu yatie


waalaikumusalam. ok semua duduk..
tu antara dialog antara murid dan guru sahaja ye.siap dengan nama.memang buat aku tak tahan nak gelak.tapi kena cover.muka seperti pengganas berhati lembut perlu dipertahankan.bunyi macam mengarut tapi bagi aku itu yang perlu untuk cikgu baru. kalau muka lembut2 sengih2 nanti murid gula2 kan kita.tapi jangan terlalu garang sebab nanti murid takut.hoho.macam aku dulu kat skolah takut giler kat cikgu math.T__T

minggu ni ade PBS atau nama panjang dia Pengalaman Berasaskan Sekolah.1 minggu jek.tapi penat dia lain macam.macam2 ragam murid yang buat aku pikir "aku macam ni ke dulu". "aku selekeh macam nie ke?"..rasa2 macam ye.haha.ada yang pendiam.ada hyperaktif,ada yang manja,ada yang suka tanya, dan banyak juga yang tak dengar kata.^__^

itu semua cabaran.macam mana nak tackle student.suruh diaorang senyap aku rasa lagi susah daripada suruh kucing aku tidur.masing2 ada ragam.relief kelas 1 jam tu bagi aku berguna.tak la terkejut nanti terus2 g praktikum.sebagai cikgu bagi aku semua perkara dia kena tahu.kalau tak menguasai sepenuhnya tahu basic2 pon kira ok.
tadi student aku tanya..
"cikgu inferens tue ape?''
aku dalam hati cakap ini ilmu aku belajar 10 tahun lepas nie..mana ingat.aku jawab...
"cikgu rasa inferens nie macam sebab, atau kerana apa dia jadi macam tue"...kalau salah sori arr aku cakap sorang2..
datang cikgu sains yang sebenar bila depa tanya balik inferens tu ape..jawapan cikgu tu sama je macam aku bagi tadi..haha.ada nada bangga di sini ya.cikgu yang berilmu akan dihormati muridnya..=).hoho.tu kot pengajaran untuk hari ini.
bukan ke itu cabaran untuk pastikan budak ni tak pakai terbalik lagi??
ia gambar sebenar ok.kredit pic to husna.


aku sedang belajar suka pada perhimpunan =_=
kredit pic to husna.

daa everyone...mode tengah nak balik kampung=)



Friday, January 21, 2011

minggu ke 3 2011

ya..letih dan meletihkan.sampai berhabuk tidak terbela belog aku. macam2 cerita nak kongsi.tapi tak sempat.tahun kedua degree yang memeranjatkan.dengan segala presentation yang dapat sekali gus, assigment yang dah sampai buat aku lelah.mari kita mula dengan minggu pertama.

minggu pertama:
misi mencari rumah sewa.hampir seminggu kami tawaf bandar baru bangi.bukan senang nak cari rumah. yang memenuhi kriteria.yang selamat,dekat dengan tempat study,berpatutan, kejiranan yang boleh dipercayai,atau senang cerita HOME SWEET HOME gitu. penat cari rumah ni.macam2 ragam manusia yang akujumpa.yang boleh berunding dan mungkin yang tak.ada yang janji nak telepfon tapi tak telefon2 pon.penat ok i tunggu. n finally kami jumpa.rumah semi d 2 tingkat dekat dengan maktab.alhamdulilah.

minggu ke dua:
laptop aku mula buat hal.meragam tak tentu pasal.mungkin merajuk.skrin terus jadi putih kalah tengok filem bujang lapok zaman 60 an.dalam fikiran aku 500$ aku dah terbang.mana nak dengan rumah sewa lagi kan.tapi last2 bila dah hantar p kedai Dr. PC kata ok je.haishh...mahu main cak2 ke lap top ni.
habis masalah lap top.problem hanset pulak datang.HANSET BERRY2 AKU DIRAMPOK.ntah bila manusia durjana itu buat angkara.mungkin masa nak naik bus. tak pe la aku halalkan jek.malas dah nak pikir.nanti dpressy takut akal tinggal separuh.-_____-

minggu ke 3:
agak sedikit lega. class hanya sampai hari rabu.CUTI THAIPUSSSAM.kalah cuti raya haji.dapat aku bebas dari hal2 dunia semata2 ni. puhh lega. lega tak lega sangat la.misi nak pindah barang masuk rumah keluar rumah pulak.tak ke aku penat lagi lepas nie???

sebenarnya banyak lagi insiden2 yang kadang2 buat aku pikir.kenapa dengan aku??semua tak berjalan dengan lancar...tapi dalam menempuh kejadian2 yang tak terduga ni aku kena bersyukur sebab:

ada Pak Tam milik Juju n teman2 mkn megi pukul 1 pagi yang bawak aku selesaikan prob2 rumah sewa,lap top.
ada Mr.Shorty as my punching bag.hahaha.
dan yang penting.mama n ayah tempat aku mintak review segala yang terjadi nie.

thanxx guys.love u so much.xoxo.

thnaxx