Thursday, March 10, 2011

assalamualaikum cikgu yatie


waalaikumusalam. ok semua duduk..
tu antara dialog antara murid dan guru sahaja ye.siap dengan nama.memang buat aku tak tahan nak gelak.tapi kena cover.muka seperti pengganas berhati lembut perlu dipertahankan.bunyi macam mengarut tapi bagi aku itu yang perlu untuk cikgu baru. kalau muka lembut2 sengih2 nanti murid gula2 kan kita.tapi jangan terlalu garang sebab nanti murid takut.hoho.macam aku dulu kat skolah takut giler kat cikgu math.T__T

minggu ni ade PBS atau nama panjang dia Pengalaman Berasaskan Sekolah.1 minggu jek.tapi penat dia lain macam.macam2 ragam murid yang buat aku pikir "aku macam ni ke dulu". "aku selekeh macam nie ke?"..rasa2 macam ye.haha.ada yang pendiam.ada hyperaktif,ada yang manja,ada yang suka tanya, dan banyak juga yang tak dengar kata.^__^

itu semua cabaran.macam mana nak tackle student.suruh diaorang senyap aku rasa lagi susah daripada suruh kucing aku tidur.masing2 ada ragam.relief kelas 1 jam tu bagi aku berguna.tak la terkejut nanti terus2 g praktikum.sebagai cikgu bagi aku semua perkara dia kena tahu.kalau tak menguasai sepenuhnya tahu basic2 pon kira ok.
tadi student aku tanya..
"cikgu inferens tue ape?''
aku dalam hati cakap ini ilmu aku belajar 10 tahun lepas nie..mana ingat.aku jawab...
"cikgu rasa inferens nie macam sebab, atau kerana apa dia jadi macam tue"...kalau salah sori arr aku cakap sorang2..
datang cikgu sains yang sebenar bila depa tanya balik inferens tu ape..jawapan cikgu tu sama je macam aku bagi tadi..haha.ada nada bangga di sini ya.cikgu yang berilmu akan dihormati muridnya..=).hoho.tu kot pengajaran untuk hari ini.
bukan ke itu cabaran untuk pastikan budak ni tak pakai terbalik lagi??
ia gambar sebenar ok.kredit pic to husna.


aku sedang belajar suka pada perhimpunan =_=
kredit pic to husna.

daa everyone...mode tengah nak balik kampung=)