Thursday, July 15, 2010

dalam gembiranya aku ada juga kecewanya

tahniah2 elaun dah masuk..alhamdulilah~~~~no need to worry lagi kan.tapi even dah masuk elaun yang ribu riban tu pun aku still kecewa.macam2 perkara yang aku kecewa kan.sangat kecewa...
  1. blog2 faveret aku yang dah di privatekan
kenapa ye kalian2 semua privatekan blog anda.aku suka apa baca karya2 anda semua.haish..tergendala sudah aktiviti kegemaran aku .banyak lagi karya kalian yang belum habis aku khatamkan. ye aku memang silent reader..kenapa? bahaya ke aku?? itu yang aku tidak faham tentang apa yang kamu katakan.ada reader yang suka baca tapi tak comment.mungkin ada sebab mereka sendiri tidak mahu meninggalkan jejak.tapi keluar air mata darah sekalipun itu hak kamu.suka hati kamu.tapi yang aku tahu kamu dah hancurkan hati2 ramai peminat kalian.terima kasih!!!!
2. elaun dah masuk tapi aku masih bimbang
ye memang elaun dah masuk.hari ni.tapi aku tak cek lagi.dan aku masih dalam dilema.kepada kehendak dan keperluan. LESEN KERETA itu KEPERLUAN. dan DSLR itu KEHENDAK. dan yang mendatangkan kekecewaan aku ialah aku mahu kedua2nya..
3. Insan yang sakitkan hati ini
sepatutnya, kisah ini aku nyatakan diawal tadi. kekecewaan kepada kaum Adam yang membuatkan aku hingga menitiskan air mata.kenapa ye kamu lakukan sebegitu. kata2 kamu yang menyatakan kerja dengan prempuan ini menyusahkan..telinga ini yang mendengar.belum pekak dan tuli lagi.mak, kakak, adik2 perempuan kamu iu bukan perempuan. bakal isteri kamu itu bukan perempuan..ye mungkin perempuan itu baik2 belaka.solehah.lembut.tidak tergedik2.tidak seperti aku dan kawan2 yang teruk di mata kamu.jangan kata2 kamu itu.jangan sampai kamu tersedak dan tercekik di kemudian hari.kita bukan terlalu sempurna untuk mengutuk orang lain.sedar itu.dan kamu telah aku betul2 kecik hati..terima kasih!!!!!!

Monday, July 12, 2010

butterfly

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu
yang sempat kacau
Karna merindu
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you
nota kaki: dalam perut aku seperti ada rama2 yang sedang berterbangan..jiwang tersangat malam ni..

Tuesday, July 6, 2010

malu setahun aku~~

haha..aku tak tahu nak cerita macam mana keadaan malu ini.mesti lagi 10 tahun aku buka blog ni mesti cerita ni aku still ingat lagi.mula aku aku nak bersyukur sebab aku dah berjaya menderma darah buat kali yang ke 4 dengan jayanya..isi2 borang, cek2 darah macam biasa.prosuder normal sebelum menderma darah.aku PASS!!! even tekanan darah naik sedikit mungkin dipengaruhi oleh perasaan takut.proses derma darah sekejap je bila nurse tu mula cucuk jarum kat tangan kiri aku.aku tak da apa2 feel.apa rahsianya?? jangan tengok darah sendiri.nanti aku nak loya.
habis je aku derma darah dalam 15 macam gitu aku pon bangunla nak pergi minum air. dan time tu aku dah rasa 1 macam.dengan keadaan sekeliling yang bising gila..peluh sejuk aku dah mula memercik..korang pernah rasa tak macam tu? dan sedar2 aku dah terbaring depan orang ramai..pergh malu gila sei..malu2 tak terkata..tapi apa aku rasa tadi macam kematian tu nak menghampiri.takut gila sebab makin lama makin gelap.dah tak nampak apa2..huarhhgh!!! aku tak ingat apa kecuali selawat banyak2 je time tu..aku memang macam gitu kalau derma darah.mesti pengsan sekejap.hahaha~~~ badan lembik tapi ada hati nak derma tu..hihi..terima kasih kepada rakan2 terutama yuhanis dan nurse2 yang tolong aku tadi ye..