Wednesday, May 26, 2010

Pak Guard TERBAEK~~~

baru pulang dari mengisi perut..menu pilihan.nasi goreng ikan masing dengan fresh orange.tak la nak habis sangat.jalan bersama2 13 orang gadis2 meletup!! macam rombongan mak kiah kot..haha..habis2 makan dah pukul 10.20..apa lagi gerak la nak balik.dah la jauh.kalau ada kereta kuda tak pun kereta sorong ok la jugak...dan aku ibarat ketua rombongan.(sebanarnya tak pon tapi sebab dok depan sekali jadi lagak2 nya sebegitula ye)..sesampai di depan pintu gerbang maktab kesayangan...


MYE: YATI G AMEK KAT..

AKU:TAK MAU LA BIARLA JUE YANG AMIK

MYE:MANA KAT KITA???


dan aku terus mencari2 kad..haik.mana pulak pergi nie.abes licin..dan Pak Guard TEBAEK pun keluar..


AKU: PAK CIK KAD MANA??

PAK GUARD TERBAEK: SEKARANG NI PUKUL BERAPA?

AKU:ERM..PUKUL 10........................30...........7..(dalam hati lambat 7 minit je pun)

PAK GUARD TERBAEK: TAU PUN..

AKU DAN RAKAN2: ALA PAK CIK..NAK KAD..KAMI JALAN KAKI TADI..

PAK GUARD: MENANGIS DULU..


dan yang paling aku tak boleh blah..budak2 class aku yang dikatakan meletup itu terus menangis seperti yang pak guard tu suruh..haila~~~korang memang terbaik la..pak guard tu pon bagi la tapi seperti biasa bersama-sama nasihat...
p/s: aku tarak reti mahu cerita..harap2 difahami

Monday, May 24, 2010

pekembangan semasa

pening..mengantuk..pecah kepala..
sangat perlukan tidur...

Saturday, May 22, 2010

subuh yang mengejutkan!!!

aku terbangun pagi sabtu ini dengan melihat di jendela pagi masih kelam2..cahaya matahari masih belum membahang lagi.seperti baru jam 7 lebih2.itu firasat ku ketika mula2 terpisat2 bangun.dalam hati...

'' baru pukul 7 lebih..sempat lagi subuh ni''...
bergegas ke kamar mandi mengambil air solat..berjalan dengan agak laju takut terlepas waktu nanti..berusaha menunaikan solat subuh walau sudah terbabas sedikit..dan bila aku mahu menyarungkan telekung putihku ke kepala..jeng..jeng..jeng..
mata aku terpandang jam...apa PUKUL 9...aku tak percaya.aku cari jam hanset..Ya Allah betul pukul 9..aku bukan lagi terbabas tapi sudah terjunam ke dalam gaung..MASYAALLAH!!!!! aku teruskan juga solat subuh ku di pagi yang mengejutkan itu dengan perasaan yang bercampur2...
'' serius talking aku memang tak sedar subuh pagi tu.tu la tidur lagi lambat2...amek.. sapa suruh dah nak subuh baru cari katil..nila akibat ye che Tie oii!!!..jangan buat lagi okey"

Friday, May 21, 2010

masalah besar aku!!

ayat2 yang common bila aku jumpa orang lain...
orang lain : '' nanti kau kena kawen dengan syed jugak ke?"
aku: aku tak reti nak jawab apa...sengih je la
dialoge kedua
orang lain : parent kau marah tak kalau kau cari orang bukan syed
aku :entahla..ayah aku tak pernah mention apa2 pasal bab2 macam nie
butir2 kata dari mama
mama :''kakak kalau boley carila syed...boleh teruskan keturunan kita...''
aku : buat muka blur macam tak faham..no comment la mama

ayat2 di atas menyesakkan kepala otak aku..kadang2 aku tak tau nak buat macam mana lagi.mungkin mudah bagi orang lain tapi tak mudah untuk aku.aku cuba buat derk je tapi nanti sampai masa aku nak kena fikir jugak..adussshh!!!! ingat senang ke nak cari anak pak syed kat malaysia ni..aku mana la reti nak cari2 ni..eeeee....
dulu aku fikir jugak ala semua ni dunia belaka..semua manusia sama apa.darah semua merah.yang membezakan keimanan dan ketakwaan seseorang itu. dan sampai sekarang aku masih memegang prinsip yang sama..tapi bila dfikirkan2 kan semula macam mana dengan family aku nanti..diaorang tak dissapointed ke..adusssh ni yang aku rasa macam nak pecah pembuluh darah kat otak..dan sampai saat ini pun aku masih belum jumpa solusinya~~~~

Wednesday, May 19, 2010

Berfalsafah dan Sakit Kepala

is currently reading falsafah....(kalu grammar aku salah please betulkan ok)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan..exam tommorow.2 hours. 2.30 untill 5.00..
huarrgg...wish me luck okey..

berfalsafah sampai sakit kepala..gigi graham nak tumbuh.my lovely rumate kate nanti siap dengan demam2 sekali..maybe this is the introduction..before more worst..Ya ALLAH i beg YOUR protection..please save me...=(

Saturday, May 15, 2010

Ya Rabb aku bersyukur kepada Mu

perkara2 yang aku syukurkan:
  • sangat bersyukur.walaupun aku bukan jutawan+ hartawan tapi aku tak susah. dari sekolah sampai la ni aku banyak terima biasiswa kerajaan. dan selepas ini aku tak perlu lagi mencari2 kerja yang tak pasti.sebab InsyaAllah kerja telah menungguku..tunggu je la tempat untuk dipostingkan..Sabah, Sarawak atau Pendalaman Semenanjung Malaysia..wait n see!!!!!
  • kedua dapat duduk hostel.berbanding student2 u or kolej lain yang kena duduk rumah sewa.duit PTPTN habis bayar sewa rumah je.tak kira lagi dengan bil air.elektrik,internet, transport lagi..semua duit kot. SYUKUR YA RAHMAN
  • ketiga masih lagi orang yang ingin sayangkan diri aku ni..SYUKUR YA RAHIM
  • keempat aku berpeluang hidup sampai hari ni.hampir 21 tahun.nikmat yang tak terhingga..ALLAH kurniakan aku kepandaian,akal fikiran yang baik..dan itu bagiku kurniaan yang tak terhingga selain aku dilahirkan dalam ISLAM dan dalam IMAN..penah sekali aku tanya kat mama.."kalau yatie tak pandai macam mana ek?"

dan semua ini membuatkan aku rasa terlalu kerdil..semua yang dikurniakan ALLAH tak minta apa2 balasan pon...kecuali ketakwaan aku sebagai hamba kepada PENCIPTANYA...dan sejauh mana aku membalas segala kenikmatan itu????

Friday, May 14, 2010

Kechewa

Kechewa dengan diri sendiri
yang lemah
aku bukan manusia sempurna
yang baik hati luhur budi pekerti
aku tak mampu beri hati yang sempurna
penuh kasih sayang,kelembutan
aku kasar,teruk...
carilah bidadari yang kamu inginkan...

Thursday, May 13, 2010

Freaky Friday..

today is JUMAAT...macam2 berlaku hari ni.agak seronok. mula2 dengan kuiz Gerko di Dataran Gerko.mencabar kot..30 soalan.tapi kitaorang dah study jawapan.macam mana tu kiranye ya?? haha..itu adalah kepandaian budak2 cerdas+genius macam kami..dengan bincang2 lagi.kalau tak dapat markah penuh memang tak tau nak kata ape la kan.kan bagus kalau exam2 lain macam ni.mesti memanjang je aku senyum sepangjang jawab exam..
habis je jawab exam aku meneruskan misi ke kedai fotokopi,,jeng..jeng ni la part yang aku paling suka hari ni..apa dia???? hehe..no need to share la ye..yang penting buat aku senyum sampai malam kang...=)...taklimat exam yang best,seronok..memang aku dah bersediala dari segi taklimat nak masuk exam ni..haha..dengar taklimat memang dapat A..nanti jawab exam tak tahu la apa cerita..
kelas ulangkaji PKK yang banyak bergerak ke sana sini...pergi lunch dengan amek nasi yang bayak seperti gunung sampai semua orang tegur..petang nak pergi jamuan rumah USTAZ..dan malam ni mahu menyokong Piala Thomas di bilik TV....tapi Tina cakap jangan rancang nanti tak jadi..
ok dear!!!

Sunday, May 9, 2010

TAGG DARI MAISYA DAN ATINA!!!

1. adakah anda rase hot??
terasa la jugak 'HOT' nyer..lagi bila dok tempat aku belajar..semua orang dok nak amek tau..

2. upload wallpaper pc/laptop yang anda gunakan sekarang
sori la dear..kat cini tak boleh upload picture la..bengong2 ckit..kalu nak tau boleh la datang bilik tengok sendiri ye..
3. cerita pasal gambar
rasa ye tak perlu la diceritakan...tak da bende ya kan..
4. kali terakhir makan pizza
kalu pizza hut dah lama sangat tak makan..lebih kurang 2 tahun lepas kot.tu pon sebab tina beli.
5. lagu terakhir anda dengar??
hah!!! kat kelas tadi..lagu OPICK.tapi tak tau tajuk dia apa..
6. apa yang anda buat selain selesaikan tagg nie??
erm..lepas ni nak selesaikan tagg dari tina and then nak mandi..pas tu kunun nak start study!!!
7. selain nama anda, anda dipanggil apa??
kat rumah mama panggil kakak..ayah panggil sayang2..special kan..
8. tag lagi 3 orang,
lepas dfikirkan....nak tagg...
  1. along
  2. tina
  3. pjah
9. siapa orang nombor 1 bagi anda
budak tembam yang comel yang dok sebelah aku kat class..budak melaka sama macam aku.ada blog dia sendiri..she likes my sifu la kalu bab2 blog nie..
10. katekan sesuatu pada orang no 2
terima kasih sebab selalu bawak saya ke mana2 dengan bojet kamu..
11. no 3 ad hubungan dengan siapa??
sori nie aku tak tau..hubungan sesama manusia la kot ye..
12. kata2 cinta pada orang no 1
along aku sayang ko...(macam tak romantik je kan)
13. berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tagg anda??
  • nama dia maisyarah.aku panggil mye or maisya
  • incik kesayangan dia Inchik erisya
  • minat kepasa DSLR dan guitar..(kite bersame2 mengejar impian itu ye)
  • geng aku tido petang(nie memang seperti rutin)
  • kucing dia nama TOMMY n CICI

ATINA PULA

  • ada bojet yang selalu aku tumpang naik
  • sem depan dia bz..redaksi.tinggal la aku sorang2
  • sekarang ni dia dah pandai edit2 gambar..nice pict!!
  • seorang yang pandai masak( jujur ni tau)
  • hah!!! dia mempunyai koleksi kasut yang banyak..(sape yang sama saiz boley la pinjam)

THANKS TO MAISYA and TINA SEBAB MENGETAGG SAYA!!!!HARAP BERPUAS HATI DENGAN JAWAPAN YANG RINGKAS2 INI~~~~

rumah warden,aku dan suatu pagi

rumah warden~~~~ memang ada je kat bawah blok hostel ni.dah hidup kat asrama memang mesti ada warden..tapi kalau kat uni panggil felo la.
aku~~~~ aku la a.k.a che tie.
suatu pagi~~~ time yang paling malas dalam hidup ini.lagi2 monday.memang la liat.haha!!!

semua takrifan2 ni dari pandangan mata hati che Tie ye..sila jangan dijadikan panduan..

jadi aku nak buat sedikit kaitan antara ketiga2 benda ini...
kaitannya ialah setiap pagi yang memang aku liat nak bangun ni dan dalam keadaan terpisat2 dan mamai2 dengan niat nak pergi mandi..aku mesti lalu kat area rumah warden.maknanya rumah warden yang bawah la kan.aku dok tingkat 4..maka setiap pagi mesti bangun2 je kepala otak aku dah ingat kat rumah~~~sebenarnya ingat masakan mama!!!
ini semua disebabkan isteri warden aku yang setiap pagi masak sarapan sedap2 kat family dia.nasi goreng,mee goreng,nasi lemak, and ape2 la lagi kot..ada sekali aku bau ikan masin..pergh...memang tak boleh tahan..bau dia sampai floor aku nie boleh cium..dan serta mertanya fikiran aku yang dok mamai tu akan terus jadi stress!!!!sebab ingat sarapan kat rumah..pada isteri warden aku tu hulur2 la sarapan tu kat atas...haha..
sekian, terima kasih..=)

Wednesday, May 5, 2010

the one i really love!!!!

betul ke grammar aku ni..bantai je..


membaca.reading.iqra'....bahasa2 lain aku tak tahu.

membaca.perbuatan yang apabila kita melihat dan kemuadian mengungkap di mulut sama ada perlahan2 atau pun kuat2..ada orang suka baca senyap mungkin mahu feeling2..dan aku juga termasuk dalam kategori itu.di sebabkan kesibukkan aku dengan hal2 akedemik dan kelalaian dengan laman sosial '' facebook'' aku semakin meninggalkan kesukaan aku yang satu ini. dan bermula dari minggu aku kembali menjadi normal.beli buku baru.pinjam buku di library...usaha untuk kembali ke tabiat lama. aku suka baca buku yang bukan berdasarkan fakta.i really tak suka buku motivasi2 ni..boleh pecah kot neauron dalam otak. aku suka baca buku yang ada cerita.sebab aku lebih faham dan di situ aku amek pengajarannya..tak semestinya novel or story book itu imaginasi semata-semata ye!! autobiografi..tu la 1 yang aku suka. dari cerita kehidupan seseorang pon boleh kita ambil pengajaran..meh aku list senarai buku2 yang aku suka..
  1. sang pemimpi by andrea herata
  2. collection of harry potter by j.k.rowling
  3. 5 tahun 5 bulan by hlovate
  4. novel2 by aisya sofea
  5. autobiografi owner of Walt Disney, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn.Dr Sidek Bab...
  6. The Chicken Soup for The Soul

tu di antara2 nya..banyak lagi kot yang aku dah baca..dari zaman Tok Kaduk dulu sampai la ni.ribu2 kot..ececeh....(tipu je tue). sapa2 yang baca blog ni cuba la cari buku ni.dari pandangan aku memang best!!! sangat istimewa especially sang pemimpi..ada lagi sequel2 cerita ni.buku yang buat aku sengih,gelak sorang time dalam bus.boleh jugak buat aku sebak..semangat yang sangat tinggi. watak2 yang aku sangat sedih nak tinggalkan.

5 tahun 5 bulan pun sama.sebenarnya aku dah terlambat tau pasal HLOVATE nie..rugi2.cerita yang memang best.lawak,semangat dan yang penting ada unsur dakwah islamiah itu sendiri.dia ada gaya bahasa tersendiri.tu yang buat aku suka. kalau aku berangan2 nak beli semua buku andrea herata n hlovate ni memang bankrapsi kot..beli satu2 dulu tak pela..pelan2 kayuh..haha. tapi yang penting membaca ni memang sangat best even ada orang pandang macam skema je kan.dapat ilmu baru, tau pasal tempat orang, budaya...aku pon banyak belajar word2 baru dari membaca ni.istilah2 baru.kalau aku tak faham terus je aku search kat google apa makna dia..memang banyak benda yang akan kita dapat..

entri kali ni budjet macam duta kerajaan pulak ye.." Kempen Membaca". kunun2 la.enjoy ur reading and gain da knowledge..=)

p/s: baca buku exam macam mane pulak ye cik tie???

Saturday, May 1, 2010

Kemalasan dan Kemengatukan

ada ke word KEMENGANTUKAN???
tibai je la...........
che Tie sangat mengatuk..yang teramat sangat.
melayan kertas2 dan pen kaku yang perlu digerakkan..
perlu difikir..
buat neauron2 dalam otak semakin bekerja keras..

KEMENGANTUKAN LAGI
memang patut jam sudah 12...
perlu rehat..tapi tak boleh ooooo..
banyak lagi yang belum difikirkan..belum dihafal
salah siapa???
yang penting bukan salah ibu mengandung okey....