Friday, December 17, 2010

aku pon reti masak la wei

entri seperti mahu menegakkan benang yang basah.mengapakah?seperti tercabar dengan usia aku yang semakin meningkat tapi ciri seorang wanita sejati itu belum ada.i tertekan tau!!! malas mahu stori lebih kalau tiada isi.setakat merapu meraban.baik simpan saja diam2.
petang semalam aku tolong emak(panggillan emak itu gaya seperti zaman jepun dulu2) masak kat dapur.tolong aja.tolong tengok dan tolong kacau. ia juga termasuk dalam kategori "tolong" juga ya.
menu semalam kari ikan. aku tolong mana yang patut. tapi sebenarnya aku tengah tunggu mak puji aku.tak ikhlas punya anak. Allah nak tunjuk.orang tak ikhlas tak kemana pon hasilnya..aku dah terbasuh bendi yang mak aku nak guna dengan sabun cuci pinggan.aku tak tau la mana aku meraban masa kat sinki.leka sampai tak sedar..dan lepas tu aku bukan dapat pujian..dapat makan bendi rasa sabun la..^__^
thanxx reading guys!!

Sunday, December 12, 2010

awal tahun

marilah
kurangkan bicara yang lagha
kurangkan kontroversi
tingkatkan prestasi
ibadah wajib didahulukan
amalan sunat diutamakan

marilah
lakukan perubahan
bukan mencari perbalahan
hidup tenang
sampai akhir zaman.........

Sunday, November 28, 2010

tidak membosankan

salam.cuti-cuti yang membosankan seperti biasa..nasib ku bertuah sebab ada broadband even kadang2 bertukar jadi beruk band.kerja aku tengok tv je la ye tak. jadi entri kali ni aku nak listkan beberapa cerita yang aku suke tengok.yang mata tak kelip2 la ikuti cite ni. menipu ehh ko..jangan buang masa jom tengok mana tau kita suke cerita yang sama..

eleventh hour.best cerite ni.tiap hari sabtu.pukul 12 tengah malam.story pasal Dr. Hood dengan detective pompuan ni. diaorang akan selesaikan kes2 yang pelik2 la.yang mostly relacted with DNA crime.hohoho.memangla aku suke bab macam ni.investigate2 like detective Conan gitukan. and every episode always make me to be like Conan.TAK DA KENA MENGENA.



dan yang ini GREEK..awesome.sangat sesuai untuk teenagers la.pasal uni.remaja yang baru nak kenal dunia.pesaingan antara ZBZ, KAPPA TAU..boys and girls.study.life.parents.memang aku sangat suka la.sesuai la kan dengan manusia yang bergelar STUDENT!! nak tengok..SELASA 12 AM. sape2 tau mane nak cari dvd cite nie?? coz aku selalu miss..
MEDICAL MIAMI.baru belajar nak tengok.pasal hospital.doctor's life and patient.illness and whatever related with sakit.hohoho.boleyla nak layan.tapi still tak ley lawan ER ang GREY'S lagi..pndapat aku la kan.kalu rajin ley la nak tengok.SABTU.9 PM.tb2

haha.sampai sini saja.happy life.
thanxx reading.

Thursday, November 25, 2010

pink bunga kantan


korang mesti penah dengar kan quote2 yg mcm ni
  • kelabu taik anjing
  • hijau pucuk pisang
  • ungu biji kundang
tapi korang penah tak dengar pink bunga kantan.haha.ini aku baru nak cipta.aku memang suka sangat dengan bunga kantan.bukan suka makan.tapi suka tengok.sangat cantek okey.warna dia soft dan tenang.ala korang tau tak bunga kantan.yang mak2 korang buat masak laksa tu.mesti letak punya.tak pon pi cari kat belakang2 rumah tok wan korang mesti ada.susah sangat korang g la kat wet market TESCO,CARREFOUR..abes citer ye
anda semua.


hah ini la bunga kantan.cantik tak warna dia.tak kira la yang atas atau yang bawah.dua2 aku suka.sangattttttttttt..cantik.i love it. aku dah angan2 nak pakai kaler ni masa hari berbahagia aku...hohohoho..(gatal ehh kau)
meet again..thanxx for reading..=)

Saturday, November 13, 2010

isu gemuk lagi

orang yang sama.tapi dengan BERAT yang berbeza.sila berikan pandangan anda..=)

isu gemuk yang merisaukan



salam.aku dah semakin gemuk.memang aku admit perkara ni.mula dari sem lepas lagi.aku dah pasan badan aku naik.berat dah x ideal lagi.dah tak slim macam zaman matrix dulu.hohoho..
tapi itu semua aku tak indahkan..kenapa.sebab aku tak suka berdiet. i hate starving so muches okey.dulu zaman skol2 aku memang gemuk.berat nak sampai angka 6..wohaa.percaya tak even tension SPM.aku tak penah skip makan kat dewan makan.dari breakfast sampai la supper. dan bila aku dah start masuk matrix berat aku dah makin turun.sampai 44.hepi giler time tue.and now berat ini semakin naik.plus.plus..and plus..dan bila ramai dah mula tegur dengan ayat2 seperti ini

member baik: kau nampak kurus la pakai baju ni..(makna ye before ni aku gemok!!!)

.shorty : nie apesal muka dah tembam semacam..dah macam paruh burung...(ni memang ayat paling sadis)

dan dengat ayat2 seperti di bawah itulah yang menyebabkan aku rasa nak kurus balik.memang kena kurus ni.tapi masalahnya aku tak da keazaman tingggi.....so amacam??parah2..boley masuk ICU okey..



Saturday, October 30, 2010

no mood at all

selalunya aku akan cari blog ni bila hati aku tengah gundah gulana.plus kepala aku tengah stress..macam mana ye manusia2 nie menguruskan stress...berdasarkan pengalaman yang aku penah tengok la....macam2 cara orang lepaskan stress ni..


  1. ade orang suka membebel pasal masalah yang dioarang hadapi..mungkin boleh lega kot sikit pasal ada orang nak dengar masalah depa.

  2. ade orang suka mencederakan diri diaorang sendiri..hantuk2 ke..kerat2 tangan ke..bahaya ok cara ni. mungkin diaorang rasa puas.sangat bahaya.tak baik untuk anda dan orang sekeliling..=)

  3. ade orang suka mendiamkan diri..tak mau cakap dengan sapa2..mungkin nak tenangkan diri sendiri.tak mau tambahkan serabut2 yang memang dah sedia ada

  4. ade orang suka berdoa dekatkan diri kepada Allah..dan sebenarnya ni la cara yang paling afdal sekali..kembali kepada pencipta YANG MAHA ESA..sebab dan hikmah semua masalah tu terjadi semua dari DIA..jadi kita patut cari penyelesaiannya kat situ la...

tapi aku punya cara lain sikit..aku suka mengemas.macam semalam.aku basuh baju,kemas bilik.siap pinjam feather duster dari jiran sebelah..sapu bilik siap2 dengan bawah katil sekali aku korek..dengan koridor2 sekali aku sapu..dan penat aku teruskan dengan kemas loker..lipat baju yang memang dah sedia dilipat..ikat tali kasut even aku tau aku d
ah tak guna lagi lepas nie..aku sangat penat..tapi aku puas.hati aku rawan.nak tidur
pikir.bangun tidur pikir.sampai mimpi.Ya Allah tolonglah..

sekarang nie aku rasa nak pergi tempat macam nie..duduk bawah pokok..dan lupa kan semua masalah aku kat bawah bantal..hahaha..

Saturday, October 23, 2010

home sweet home

ooo...my home..
sangat best balik rumah.dah la hari ni hujan.sepatutnyer stori ni dah lame.tapi perli di post juga.best ooo tido.makan,tengok tv..heaven sungguh. stori mori dengan daddy and mama.update prkembangan diri selama sebulan aku tak balik rumah. budjet macam x balik setahun.hahaha..la ni dok tengok bola.dah minit2 terakhir2..mummy aku dah mengamuk kedah macam nak kalah..mengamuk ada makna ke tue..hehee..sabar no..melaka xda team bola.jadi kami terpaksa sokong team lain.menumpang team orang..sadis2..melaka tak penah ada team yang betul2 kuat.may be kerajaaan tak tekankan sangat kot.kalau cari player2 kat melaka tu rase aku ada je yang boleh main..(feel semangat bola tengah tinggi)..kata Melaka Maju 2010..patutnya dari semua aspek la kan..dah kemana aku ni mengaban...
jadi akhirnya aku sangat hepi..macam fairy tale..happy ever after...dapat balik rumah..=)


see my cute house...
p/s: gaya macam aku budak oversea...

Tuesday, October 19, 2010

aku dah tak sabar nak balik kampung


aku dah tak sabar nak balik. ikut perkiraan dari balik hari raya last month aku tak balik-balik rumah lagi. rindu sama rumah sudah tidak tertanggung lagi..huarghhh..sampai demam-demam dah nie..aku rindu sama ayah mama..nak makan macm. home is heaven okey..tak boleh dipertikaikan lagi. dengan segala macam-macam perkara yang buat aku makin down..just my family is da best cure right now..aku nak jumaat nie cepat datang.

Tuesday, September 28, 2010

haha..aku sudah boleh upload gambar..


gambar ni tak da kena mengena dengan yang hidup atau yang mati..tapi tetap comel kan..saya suka..

Tuesday, September 14, 2010

berhabuk blog aku

sori blog..meh aku nak lap2 bagi bersih sikit..kesian ko kan..

SELAMAT HARI RAYA semua..MAAF ZAHIR BATIN. rasanya lama sangat2 aku tak update blog ni.apa yang busy sangat pon aku tak tau.Rasa cerita RAMADHAN lansung tak da.cerita PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH tak aku hikayatkan.story MERDEKA pun tak da.cerita SYAWAL...erm..boleh la.semuanya baik.semuanya bagus.\

blog ini akan dikemaskini selalu mungkin..INSYAALLAH..

Wednesday, August 18, 2010

pilihan

dalam mencari yang terbaik
pelbagai pilihan di hadapan
tepat,cepat dan betul
seia sekata
rajin atau sebaliknya
sama ada aku
yang terpilih atau dipilih
yang mencari kesususahan bersama kesenangan
atau aku yang....
mahu melakukan pengorbanan.terpaksa berkorban, atau akhirnya aku yang terkorban..........

nota pilihan: atau sebenarnya aku tiada yang ingin memilih......

Monday, August 16, 2010

korea movie i mish u..

aku rindu tengok cerita korea sangat.di bulan yang penuh keberkatan ini pun aku nak buat jugak perkara2 lagha lagi..isg..ish..insaf la wahai manusia.

Wednesday, August 4, 2010

many things happen

sudah lama tidak mengemaskini blog.banyak kisah tak diceritakan.
edisi triple bumper kisah2 20 hari yang lalu...

cameron highlands : 22 hingga 24 Julai
library negara: 25 Julai
kementerian pertanian: 4 Ogos

itu tempat yang aku pergi..budjet macam rajinkan.

tapi kisah yang paling besar selama 20 hari yang lepas ialah

HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN SHARIFAH NURHAYATI SYED AGIL YANG KE 21
aku dah 21 tahun kot.macam tak percaya.tapi itu relalitinya kan.selamat hari lahir yatie.semoga kamu dirahmati Allah setiap masa.menjadi manusia yang lebih baik dari 21 tahun yang lepas.menjalani hidup ini dengan lebih bersungguh2.
p/s: selama ni aku hidup macam tak da arah ke??

Thursday, July 15, 2010

dalam gembiranya aku ada juga kecewanya

tahniah2 elaun dah masuk..alhamdulilah~~~~no need to worry lagi kan.tapi even dah masuk elaun yang ribu riban tu pun aku still kecewa.macam2 perkara yang aku kecewa kan.sangat kecewa...
  1. blog2 faveret aku yang dah di privatekan
kenapa ye kalian2 semua privatekan blog anda.aku suka apa baca karya2 anda semua.haish..tergendala sudah aktiviti kegemaran aku .banyak lagi karya kalian yang belum habis aku khatamkan. ye aku memang silent reader..kenapa? bahaya ke aku?? itu yang aku tidak faham tentang apa yang kamu katakan.ada reader yang suka baca tapi tak comment.mungkin ada sebab mereka sendiri tidak mahu meninggalkan jejak.tapi keluar air mata darah sekalipun itu hak kamu.suka hati kamu.tapi yang aku tahu kamu dah hancurkan hati2 ramai peminat kalian.terima kasih!!!!
2. elaun dah masuk tapi aku masih bimbang
ye memang elaun dah masuk.hari ni.tapi aku tak cek lagi.dan aku masih dalam dilema.kepada kehendak dan keperluan. LESEN KERETA itu KEPERLUAN. dan DSLR itu KEHENDAK. dan yang mendatangkan kekecewaan aku ialah aku mahu kedua2nya..
3. Insan yang sakitkan hati ini
sepatutnya, kisah ini aku nyatakan diawal tadi. kekecewaan kepada kaum Adam yang membuatkan aku hingga menitiskan air mata.kenapa ye kamu lakukan sebegitu. kata2 kamu yang menyatakan kerja dengan prempuan ini menyusahkan..telinga ini yang mendengar.belum pekak dan tuli lagi.mak, kakak, adik2 perempuan kamu iu bukan perempuan. bakal isteri kamu itu bukan perempuan..ye mungkin perempuan itu baik2 belaka.solehah.lembut.tidak tergedik2.tidak seperti aku dan kawan2 yang teruk di mata kamu.jangan kata2 kamu itu.jangan sampai kamu tersedak dan tercekik di kemudian hari.kita bukan terlalu sempurna untuk mengutuk orang lain.sedar itu.dan kamu telah aku betul2 kecik hati..terima kasih!!!!!!

Monday, July 12, 2010

butterfly

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu
yang sempat kacau
Karna merindu
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you
nota kaki: dalam perut aku seperti ada rama2 yang sedang berterbangan..jiwang tersangat malam ni..

Tuesday, July 6, 2010

malu setahun aku~~

haha..aku tak tahu nak cerita macam mana keadaan malu ini.mesti lagi 10 tahun aku buka blog ni mesti cerita ni aku still ingat lagi.mula aku aku nak bersyukur sebab aku dah berjaya menderma darah buat kali yang ke 4 dengan jayanya..isi2 borang, cek2 darah macam biasa.prosuder normal sebelum menderma darah.aku PASS!!! even tekanan darah naik sedikit mungkin dipengaruhi oleh perasaan takut.proses derma darah sekejap je bila nurse tu mula cucuk jarum kat tangan kiri aku.aku tak da apa2 feel.apa rahsianya?? jangan tengok darah sendiri.nanti aku nak loya.
habis je aku derma darah dalam 15 macam gitu aku pon bangunla nak pergi minum air. dan time tu aku dah rasa 1 macam.dengan keadaan sekeliling yang bising gila..peluh sejuk aku dah mula memercik..korang pernah rasa tak macam tu? dan sedar2 aku dah terbaring depan orang ramai..pergh malu gila sei..malu2 tak terkata..tapi apa aku rasa tadi macam kematian tu nak menghampiri.takut gila sebab makin lama makin gelap.dah tak nampak apa2..huarhhgh!!! aku tak ingat apa kecuali selawat banyak2 je time tu..aku memang macam gitu kalau derma darah.mesti pengsan sekejap.hahaha~~~ badan lembik tapi ada hati nak derma tu..hihi..terima kasih kepada rakan2 terutama yuhanis dan nurse2 yang tolong aku tadi ye..

Tuesday, June 29, 2010

welcome home babe...

haha..entry special punya..welcome home...balik mane.balik penjara la.hidup kembali kepada normal.life as a student.tough,hectic, and sometime turn me to be a devil..huargggggh!!!!

Wednesday, June 23, 2010

cawanDunia Vs World Cup

macam dah lambat je aku nak post entry pasal world cup ni.dah masuk 3rd round dalam kumpulan pon..serius talking dulu memang aku tak suka bola2 ni.bukan apa aku rasa game dia lambat sangat.90 minit macam lama gila nak tunggu habis.dan macam mana aku boleh terjatuh hati pada bola ni..ini semua pasal ayah aku la.dia paksa aku tengok.dalam keterpaksaan aku terjatuh cinta..cett ayat buat aku nak loya~~~nak kata aku die hard fan kat bola ni tak la.tapi minat dan faham tu ada ..aku tengok bukan sebab player dia yang good looking.aku macam panas jer bila orang kata macam tu~~dan pasal world cup ni..aku bajet kecewa ar..dengan pasukan faveret GERMAN aku yang tengah bertarung nyawa..hish hari tu tak mau main betul2.angkat penalti pon tak boleh.dah la soccer kena merah..hish..
argentina,uruguay,mexico,korea selatan dah sure masuk kalah mati punye round..yang lain2 macam mane ye..
juara??susah nak ramal lagi kan..keputusan semua terkejut2.buat aku heart attack..

Monday, June 21, 2010

aku kekeliruan

aku sedang dalam kekeliruan.tak tahu nak buat atau tak.aku nak gunting rambut aku yang dah sedia kontot ni.aku nak buat style baru.tapi masalahnya aku macam sayang pulak kat rambut lama aku ni.baru je nak panjang.boringla asyik aku potong stlyle girly2 ni.rindu stlye boyish dulu2.aku dah jumpa rambut sapa aku nak tiru..hahahah!!! go mi nam dalam you are beautiful tu..lawa la stlye rambut dia..jadi apa ye keputusan nya..potong ke tidak..haishh..dan bila bab potong memotong ni aku senang jerk...rambut ni akan panjang balik..time muda2 ni la aku merasa nak buat macam2.nanti usia dah meningkat tak sesuai pulak kan..so,aku tak sbar nak nanti kan hasil nye..my new hair stlye...~~

Saturday, June 19, 2010

cuti yang dah nak habis

cuti 3 minggu dah nak habis.terus terang aku cakap aku tak mau balik.huarggggh...aku rasa mesti kawan2 aku tahu kenapa aku tak nak balik.dengan peraturan yang entah macam apa2 dan ditambah dengan kelas yang dah nak bermula..entah apa la nasib aku.la gi satu alasan kenapa aku tak nak balik.RESULT EXAM~~~~tak tahu la apa cerita result aku ni.ok ke tak..bila ingat2 balik masa jawab hari..aku main aci taram je.
ada 1sebab ke aku rasa seronok nak balik..KAWAN2 aku.tu je la.gelak2.suka suki.makan banyak2.hahaha!!!! tapi awal2 ni mesti tak boleh suka suki sangat..al maklumlah akauntan negara tak luluskan lagi elaun kitaorang..
dah nak sem 2..dan itu sangat aku tidak percaya..dan rutin bangun awal pagi aku akan bermula.sem ni sure punya mencabar sebab dengan bulan Ramadahan..moga2 aku dilimpah rahmat.
doa untuk diri sendiri: semoga sem 2 yati akan bertambah rajin...(sebab aku ni sangat malas)

Wednesday, June 16, 2010

tak tahu

banyak sangat nak diceritakan.tapi tak da mood mahu type2 panjang....

Friday, June 11, 2010

pada mereka tudung itu apa..aurat pula apa

aku bukan ustazah dan bukan perempuan sempurna untuk ulas perkara2 ni..sebenarnya aku baru je round2 di facebook..dan tiba2 aku terjumpa lagi schoolmate aku yang dah ilang penutup kepala....haisshhh..sorang lagi.kalau orang luar tu aku boleh terima lagi..tapi kalau budak sekolah aku.alamak agak kechewa la~~~~
untuk tutup kesalahan yang memang terbukti ini..mereka selalu cakap
'' ala orang pakai tudung labuh pon bukan baik sangat''

ye memang la aku tak nafikan.tapi apa2 pun mereka dah ikut suruhan pencipta kita. dan itu definasi baik yang aku baca dalam hlovate hari tu..amal makruf nahi mungkar..kita tak cukup baik kalau masih banyak benda lagi yang kita tertinggal~~~
aku takut kot akan jadi macam tu nanti2...nauzubillah~~~

Wednesday, June 9, 2010

hlovate

definisi ''baik'' yang menyedarkan aku...
ringkas tapi memang betul buat aku tercelik 180 darjah..
quote yg paling aku suka..
'' bukan senag nak jadi baik''..............

Monday, June 7, 2010

ucapan buat mereka yang sedang aku fikirkan

ucapan ini khas buat mereka...
  1. kepada semua pejuang pembebasan Palestine

'' anda semua memang yang paling aku segani.tiada yang lebih berani selain daripada anda di zaman ini. aku tabik pada kalian.kepada yang terkorban di atas MAVI MARMARA..TAHNIAH dan BERTUAH aku ucapkan, kamu mati di dalam keadaan syahid.aku cemburu!!! kerana aku tidak pasti bagaimana kematian ku. semangat perjuangan kamu pasti menjadi inspirasi pada dunia...InsyaAllah...''

2. kepada Kerajaan Malaysia tercinta

'' Malaysia akan muflis menjelang 2019??? seperti tidak aku percayakan..semakin hampir kepada 2020 negara maju negara menjadi muflis...bagi aku seorang yang bukan pemikir ekonomi yang bertauliah bagi aku macam tak lojik..muflis kerana subsidi...haha..mahu aku tergelak besar sampai terguling2..kerana subsidi pada tepung,gula,minyak....Malaysia boleh rugi..kalau rakyat Malaysia semua bergaji ribu riban, boleh la cerita..fikirkan waras2..kata Malaysia antara pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia, petroleum kita lebih baik dan berkualiti tetapi kenapa benda2 tu semua yang kita mahu tarik subsidi..pelik2...tidak cukup segala bagai cukai2 yang kamu kenakan sampai cukai judi kamu luluskan????

3. kepada Hijau Daun

'' kamu juga sedang aku fikirkan..ke mana ya mana kamu pergi??? lama tarak kongsi cerita.ingat cuti2 ni mahu on9 sama kamu..ada masa cari aku okey..

p/s:aku rindu pada kawan aku yang seorang ini...=(

Thursday, June 3, 2010

benda apa ni??/

benda apa ni kat blog aku...

Tuesday, June 1, 2010

aku dah nak balik esok

esok aku dah nak balik esok..MELAKA tunggu aku.waiting for me~~~~~tak sabar mahu sampai rumah.otak dan diriku sudah sampai di rumah.dengan bermacam2 perkara yang berlaku.aku tak dapat terima!!!!!!!!!!

Wednesday, May 26, 2010

Pak Guard TERBAEK~~~

baru pulang dari mengisi perut..menu pilihan.nasi goreng ikan masing dengan fresh orange.tak la nak habis sangat.jalan bersama2 13 orang gadis2 meletup!! macam rombongan mak kiah kot..haha..habis2 makan dah pukul 10.20..apa lagi gerak la nak balik.dah la jauh.kalau ada kereta kuda tak pun kereta sorong ok la jugak...dan aku ibarat ketua rombongan.(sebanarnya tak pon tapi sebab dok depan sekali jadi lagak2 nya sebegitula ye)..sesampai di depan pintu gerbang maktab kesayangan...


MYE: YATI G AMEK KAT..

AKU:TAK MAU LA BIARLA JUE YANG AMIK

MYE:MANA KAT KITA???


dan aku terus mencari2 kad..haik.mana pulak pergi nie.abes licin..dan Pak Guard TEBAEK pun keluar..


AKU: PAK CIK KAD MANA??

PAK GUARD TERBAEK: SEKARANG NI PUKUL BERAPA?

AKU:ERM..PUKUL 10........................30...........7..(dalam hati lambat 7 minit je pun)

PAK GUARD TERBAEK: TAU PUN..

AKU DAN RAKAN2: ALA PAK CIK..NAK KAD..KAMI JALAN KAKI TADI..

PAK GUARD: MENANGIS DULU..


dan yang paling aku tak boleh blah..budak2 class aku yang dikatakan meletup itu terus menangis seperti yang pak guard tu suruh..haila~~~korang memang terbaik la..pak guard tu pon bagi la tapi seperti biasa bersama-sama nasihat...
p/s: aku tarak reti mahu cerita..harap2 difahami

Monday, May 24, 2010

pekembangan semasa

pening..mengantuk..pecah kepala..
sangat perlukan tidur...

Saturday, May 22, 2010

subuh yang mengejutkan!!!

aku terbangun pagi sabtu ini dengan melihat di jendela pagi masih kelam2..cahaya matahari masih belum membahang lagi.seperti baru jam 7 lebih2.itu firasat ku ketika mula2 terpisat2 bangun.dalam hati...

'' baru pukul 7 lebih..sempat lagi subuh ni''...
bergegas ke kamar mandi mengambil air solat..berjalan dengan agak laju takut terlepas waktu nanti..berusaha menunaikan solat subuh walau sudah terbabas sedikit..dan bila aku mahu menyarungkan telekung putihku ke kepala..jeng..jeng..jeng..
mata aku terpandang jam...apa PUKUL 9...aku tak percaya.aku cari jam hanset..Ya Allah betul pukul 9..aku bukan lagi terbabas tapi sudah terjunam ke dalam gaung..MASYAALLAH!!!!! aku teruskan juga solat subuh ku di pagi yang mengejutkan itu dengan perasaan yang bercampur2...
'' serius talking aku memang tak sedar subuh pagi tu.tu la tidur lagi lambat2...amek.. sapa suruh dah nak subuh baru cari katil..nila akibat ye che Tie oii!!!..jangan buat lagi okey"

Friday, May 21, 2010

masalah besar aku!!

ayat2 yang common bila aku jumpa orang lain...
orang lain : '' nanti kau kena kawen dengan syed jugak ke?"
aku: aku tak reti nak jawab apa...sengih je la
dialoge kedua
orang lain : parent kau marah tak kalau kau cari orang bukan syed
aku :entahla..ayah aku tak pernah mention apa2 pasal bab2 macam nie
butir2 kata dari mama
mama :''kakak kalau boley carila syed...boleh teruskan keturunan kita...''
aku : buat muka blur macam tak faham..no comment la mama

ayat2 di atas menyesakkan kepala otak aku..kadang2 aku tak tau nak buat macam mana lagi.mungkin mudah bagi orang lain tapi tak mudah untuk aku.aku cuba buat derk je tapi nanti sampai masa aku nak kena fikir jugak..adussshh!!!! ingat senang ke nak cari anak pak syed kat malaysia ni..aku mana la reti nak cari2 ni..eeeee....
dulu aku fikir jugak ala semua ni dunia belaka..semua manusia sama apa.darah semua merah.yang membezakan keimanan dan ketakwaan seseorang itu. dan sampai sekarang aku masih memegang prinsip yang sama..tapi bila dfikirkan2 kan semula macam mana dengan family aku nanti..diaorang tak dissapointed ke..adusssh ni yang aku rasa macam nak pecah pembuluh darah kat otak..dan sampai saat ini pun aku masih belum jumpa solusinya~~~~

Wednesday, May 19, 2010

Berfalsafah dan Sakit Kepala

is currently reading falsafah....(kalu grammar aku salah please betulkan ok)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan..exam tommorow.2 hours. 2.30 untill 5.00..
huarrgg...wish me luck okey..

berfalsafah sampai sakit kepala..gigi graham nak tumbuh.my lovely rumate kate nanti siap dengan demam2 sekali..maybe this is the introduction..before more worst..Ya ALLAH i beg YOUR protection..please save me...=(

Saturday, May 15, 2010

Ya Rabb aku bersyukur kepada Mu

perkara2 yang aku syukurkan:
  • sangat bersyukur.walaupun aku bukan jutawan+ hartawan tapi aku tak susah. dari sekolah sampai la ni aku banyak terima biasiswa kerajaan. dan selepas ini aku tak perlu lagi mencari2 kerja yang tak pasti.sebab InsyaAllah kerja telah menungguku..tunggu je la tempat untuk dipostingkan..Sabah, Sarawak atau Pendalaman Semenanjung Malaysia..wait n see!!!!!
  • kedua dapat duduk hostel.berbanding student2 u or kolej lain yang kena duduk rumah sewa.duit PTPTN habis bayar sewa rumah je.tak kira lagi dengan bil air.elektrik,internet, transport lagi..semua duit kot. SYUKUR YA RAHMAN
  • ketiga masih lagi orang yang ingin sayangkan diri aku ni..SYUKUR YA RAHIM
  • keempat aku berpeluang hidup sampai hari ni.hampir 21 tahun.nikmat yang tak terhingga..ALLAH kurniakan aku kepandaian,akal fikiran yang baik..dan itu bagiku kurniaan yang tak terhingga selain aku dilahirkan dalam ISLAM dan dalam IMAN..penah sekali aku tanya kat mama.."kalau yatie tak pandai macam mana ek?"

dan semua ini membuatkan aku rasa terlalu kerdil..semua yang dikurniakan ALLAH tak minta apa2 balasan pon...kecuali ketakwaan aku sebagai hamba kepada PENCIPTANYA...dan sejauh mana aku membalas segala kenikmatan itu????

Friday, May 14, 2010

Kechewa

Kechewa dengan diri sendiri
yang lemah
aku bukan manusia sempurna
yang baik hati luhur budi pekerti
aku tak mampu beri hati yang sempurna
penuh kasih sayang,kelembutan
aku kasar,teruk...
carilah bidadari yang kamu inginkan...

Thursday, May 13, 2010

Freaky Friday..

today is JUMAAT...macam2 berlaku hari ni.agak seronok. mula2 dengan kuiz Gerko di Dataran Gerko.mencabar kot..30 soalan.tapi kitaorang dah study jawapan.macam mana tu kiranye ya?? haha..itu adalah kepandaian budak2 cerdas+genius macam kami..dengan bincang2 lagi.kalau tak dapat markah penuh memang tak tau nak kata ape la kan.kan bagus kalau exam2 lain macam ni.mesti memanjang je aku senyum sepangjang jawab exam..
habis je jawab exam aku meneruskan misi ke kedai fotokopi,,jeng..jeng ni la part yang aku paling suka hari ni..apa dia???? hehe..no need to share la ye..yang penting buat aku senyum sampai malam kang...=)...taklimat exam yang best,seronok..memang aku dah bersediala dari segi taklimat nak masuk exam ni..haha..dengar taklimat memang dapat A..nanti jawab exam tak tahu la apa cerita..
kelas ulangkaji PKK yang banyak bergerak ke sana sini...pergi lunch dengan amek nasi yang bayak seperti gunung sampai semua orang tegur..petang nak pergi jamuan rumah USTAZ..dan malam ni mahu menyokong Piala Thomas di bilik TV....tapi Tina cakap jangan rancang nanti tak jadi..
ok dear!!!

Sunday, May 9, 2010

TAGG DARI MAISYA DAN ATINA!!!

1. adakah anda rase hot??
terasa la jugak 'HOT' nyer..lagi bila dok tempat aku belajar..semua orang dok nak amek tau..

2. upload wallpaper pc/laptop yang anda gunakan sekarang
sori la dear..kat cini tak boleh upload picture la..bengong2 ckit..kalu nak tau boleh la datang bilik tengok sendiri ye..
3. cerita pasal gambar
rasa ye tak perlu la diceritakan...tak da bende ya kan..
4. kali terakhir makan pizza
kalu pizza hut dah lama sangat tak makan..lebih kurang 2 tahun lepas kot.tu pon sebab tina beli.
5. lagu terakhir anda dengar??
hah!!! kat kelas tadi..lagu OPICK.tapi tak tau tajuk dia apa..
6. apa yang anda buat selain selesaikan tagg nie??
erm..lepas ni nak selesaikan tagg dari tina and then nak mandi..pas tu kunun nak start study!!!
7. selain nama anda, anda dipanggil apa??
kat rumah mama panggil kakak..ayah panggil sayang2..special kan..
8. tag lagi 3 orang,
lepas dfikirkan....nak tagg...
  1. along
  2. tina
  3. pjah
9. siapa orang nombor 1 bagi anda
budak tembam yang comel yang dok sebelah aku kat class..budak melaka sama macam aku.ada blog dia sendiri..she likes my sifu la kalu bab2 blog nie..
10. katekan sesuatu pada orang no 2
terima kasih sebab selalu bawak saya ke mana2 dengan bojet kamu..
11. no 3 ad hubungan dengan siapa??
sori nie aku tak tau..hubungan sesama manusia la kot ye..
12. kata2 cinta pada orang no 1
along aku sayang ko...(macam tak romantik je kan)
13. berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tagg anda??
  • nama dia maisyarah.aku panggil mye or maisya
  • incik kesayangan dia Inchik erisya
  • minat kepasa DSLR dan guitar..(kite bersame2 mengejar impian itu ye)
  • geng aku tido petang(nie memang seperti rutin)
  • kucing dia nama TOMMY n CICI

ATINA PULA

  • ada bojet yang selalu aku tumpang naik
  • sem depan dia bz..redaksi.tinggal la aku sorang2
  • sekarang ni dia dah pandai edit2 gambar..nice pict!!
  • seorang yang pandai masak( jujur ni tau)
  • hah!!! dia mempunyai koleksi kasut yang banyak..(sape yang sama saiz boley la pinjam)

THANKS TO MAISYA and TINA SEBAB MENGETAGG SAYA!!!!HARAP BERPUAS HATI DENGAN JAWAPAN YANG RINGKAS2 INI~~~~

rumah warden,aku dan suatu pagi

rumah warden~~~~ memang ada je kat bawah blok hostel ni.dah hidup kat asrama memang mesti ada warden..tapi kalau kat uni panggil felo la.
aku~~~~ aku la a.k.a che tie.
suatu pagi~~~ time yang paling malas dalam hidup ini.lagi2 monday.memang la liat.haha!!!

semua takrifan2 ni dari pandangan mata hati che Tie ye..sila jangan dijadikan panduan..

jadi aku nak buat sedikit kaitan antara ketiga2 benda ini...
kaitannya ialah setiap pagi yang memang aku liat nak bangun ni dan dalam keadaan terpisat2 dan mamai2 dengan niat nak pergi mandi..aku mesti lalu kat area rumah warden.maknanya rumah warden yang bawah la kan.aku dok tingkat 4..maka setiap pagi mesti bangun2 je kepala otak aku dah ingat kat rumah~~~sebenarnya ingat masakan mama!!!
ini semua disebabkan isteri warden aku yang setiap pagi masak sarapan sedap2 kat family dia.nasi goreng,mee goreng,nasi lemak, and ape2 la lagi kot..ada sekali aku bau ikan masin..pergh...memang tak boleh tahan..bau dia sampai floor aku nie boleh cium..dan serta mertanya fikiran aku yang dok mamai tu akan terus jadi stress!!!!sebab ingat sarapan kat rumah..pada isteri warden aku tu hulur2 la sarapan tu kat atas...haha..
sekian, terima kasih..=)

Wednesday, May 5, 2010

the one i really love!!!!

betul ke grammar aku ni..bantai je..


membaca.reading.iqra'....bahasa2 lain aku tak tahu.

membaca.perbuatan yang apabila kita melihat dan kemuadian mengungkap di mulut sama ada perlahan2 atau pun kuat2..ada orang suka baca senyap mungkin mahu feeling2..dan aku juga termasuk dalam kategori itu.di sebabkan kesibukkan aku dengan hal2 akedemik dan kelalaian dengan laman sosial '' facebook'' aku semakin meninggalkan kesukaan aku yang satu ini. dan bermula dari minggu aku kembali menjadi normal.beli buku baru.pinjam buku di library...usaha untuk kembali ke tabiat lama. aku suka baca buku yang bukan berdasarkan fakta.i really tak suka buku motivasi2 ni..boleh pecah kot neauron dalam otak. aku suka baca buku yang ada cerita.sebab aku lebih faham dan di situ aku amek pengajarannya..tak semestinya novel or story book itu imaginasi semata-semata ye!! autobiografi..tu la 1 yang aku suka. dari cerita kehidupan seseorang pon boleh kita ambil pengajaran..meh aku list senarai buku2 yang aku suka..
  1. sang pemimpi by andrea herata
  2. collection of harry potter by j.k.rowling
  3. 5 tahun 5 bulan by hlovate
  4. novel2 by aisya sofea
  5. autobiografi owner of Walt Disney, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn.Dr Sidek Bab...
  6. The Chicken Soup for The Soul

tu di antara2 nya..banyak lagi kot yang aku dah baca..dari zaman Tok Kaduk dulu sampai la ni.ribu2 kot..ececeh....(tipu je tue). sapa2 yang baca blog ni cuba la cari buku ni.dari pandangan aku memang best!!! sangat istimewa especially sang pemimpi..ada lagi sequel2 cerita ni.buku yang buat aku sengih,gelak sorang time dalam bus.boleh jugak buat aku sebak..semangat yang sangat tinggi. watak2 yang aku sangat sedih nak tinggalkan.

5 tahun 5 bulan pun sama.sebenarnya aku dah terlambat tau pasal HLOVATE nie..rugi2.cerita yang memang best.lawak,semangat dan yang penting ada unsur dakwah islamiah itu sendiri.dia ada gaya bahasa tersendiri.tu yang buat aku suka. kalau aku berangan2 nak beli semua buku andrea herata n hlovate ni memang bankrapsi kot..beli satu2 dulu tak pela..pelan2 kayuh..haha. tapi yang penting membaca ni memang sangat best even ada orang pandang macam skema je kan.dapat ilmu baru, tau pasal tempat orang, budaya...aku pon banyak belajar word2 baru dari membaca ni.istilah2 baru.kalau aku tak faham terus je aku search kat google apa makna dia..memang banyak benda yang akan kita dapat..

entri kali ni budjet macam duta kerajaan pulak ye.." Kempen Membaca". kunun2 la.enjoy ur reading and gain da knowledge..=)

p/s: baca buku exam macam mane pulak ye cik tie???

Saturday, May 1, 2010

Kemalasan dan Kemengatukan

ada ke word KEMENGANTUKAN???
tibai je la...........
che Tie sangat mengatuk..yang teramat sangat.
melayan kertas2 dan pen kaku yang perlu digerakkan..
perlu difikir..
buat neauron2 dalam otak semakin bekerja keras..

KEMENGANTUKAN LAGI
memang patut jam sudah 12...
perlu rehat..tapi tak boleh ooooo..
banyak lagi yang belum difikirkan..belum dihafal
salah siapa???
yang penting bukan salah ibu mengandung okey....

Monday, April 26, 2010

normal

kembali normal
Pengalaman Berasaskan Sekolah
Bina Insan Guru
Asement yang berlambak2
ISL

everything donne!!!!!!

Wednesday, April 21, 2010

material things and ME

apa ye mahu cerita...bukan cerita di kedai kopi ok.
idea ni tiba2 terlintas masa dalam surau tadi..
MATERIAL THINGS AND ME...
aku cuma nak cerita benda2 tidak berakal ini yang berkaitan dengan diri aku nie
benda yang benda pertama ni aku rasa semua perempuan ada....kira2 macam ak je x da lagi
haaaha...apa ye?
COMPACK POWDER!!!!!
lepas solat tadi semua orang dok sapu2..
seumur hidup aku memang tak da kompak powder nie
bedak dalam botol tu ada la
BABY JOHNSON POWDER tu memang la aku pakai..
tapi yang siap2 dengan sapu2 belaka ni aku memang tak penah ada
dalam hati budjet macam nak try........
haha....nantikannya...
thing yang ke 2....
DSLR atau Digital Single Lens Reflex Camera...
alo kamera yang photographer dok guna tu
memang aku minat abisla...
lawa gambar2 amek pkai DSLR..
hari2 dok pikir.
pantang tengok orang guna..mata aku mesti dok tengok je.
macam kes tadi. di KARANGKRAF..
aku tengok photgrapher dgn DSLR...wah...stylo abeh..
siap2 tambah lens lagi..
aku nak beli yang paling murah nie pun mencungap2 lagi..
ada2 sapa mahu sponser..
aku masih mengira2belanjawan..macam cukup..macam tak
aku sedang mengarang ayat untuk mintak sponsor dari Tuan Syed..
tapi macam x dapat je..alo mintak back up jer ayah ku.
cara lain untuk dapat kan DSLR idaman ku????
haha..aku kena cari suami seorang photographer..
selesai masalah.
boleh tumpang2 guna.pinjam 1,2...
jadi model tak bertauliah pon boleh juga.
haha...sangat merapu impian aku ni.
susah la Che Tie oii!!!!!
tapi tak pe..aku akan usaha kan jugak.
dapat yang basic pon ok.lagi2 I'm da begginer..
memang patut pon kan..
guna duit sendiri a.k.a elaun kerajaan bagi.
baru puas hati aku
tak sabar2...
p/s: wish me luck okey dalam mengumpul uang nya!!!

Sunday, April 18, 2010

Pencuri Masa

haha..aku adalah pencuri masa.
nak buat macam mana dah aku ni memang suka mencuri masa
mahu cerita, masa-masa yang telah aku curi
curi untuk keseronokan
bestt wooo
tapi nanti hukuman nya hanya orang yang boleh tahan tekanan jer yang boleh terima
macam aku..CITTT....
seperti semalam time dok2 buat asement aku boleh lagi mencuri masa dengan on9..
haha..asement baru se page..aku dah online berpage2.
hebat2 Che Tie..you're so great babe..
hukumannya...
malam tadi aku tidur pukul 3.
aku mana biasa tidur lambat nie..haha.
tido is tido..
sampai kelas mula la nak buat itu ini..
tu la hukumannya.
sebab kita akan berada di tahap tekanan yang tinggi
bila asement tu dah nak di hantar hari tu jugak
nasib teamate aku semua sekapal..
kalau tak masak den nie..
aku tetap aku
dari dulu kini dan selamanya
tak tahu la bila nak berubah
last minute punya kerja
sem ni dah banyak kali aku buat
haha..sampai takat ni masih selamat dengan markah2 yang ''boleh la nak idup''
kang aku kate markah sebenar orang kata ''angkat bakul pulak''...
aku memang suka curi masa
untuk tidur,online,suka suki
apa-apa pun dalam hati aku ni ada la sekelumit rasa macam nak berubah..
tapi tengok la macam manenyer..
hahaha
p/s: Che Tie malas nak pergi KARANGKRAF esok...=(

Thursday, April 15, 2010

Aku BENGANG TAKUT jadi BANGANG lak

AKU BENCI ORANG HIPOKRIT
DEPAN AKU KAU SAMA2 SATU KAPAL
TAPI BELAKANG AKU
KAU KOYAK LAYAR KAPAL AKU
KAU LEPAS AKU KARAM
APE CITER WEI!!!
NAK KARAM SAMA2 LA
TIME KAPAL AKU LAJU KAU NAK TUMPANG
TAPI RUPA2NYA KAU ADA BOT SPARE EH
AKU BENCI LA
SIAPA2 YANG BERNAMA HIPOKRIT
s/k: juju
s/k: tina-gua pon
s/k bermaksud sokongan kepada ye....
emosi Che Tie yang tidak berapa baik.....

Wednesday, April 14, 2010

tRibute buat seorang KAWAN.

entri kali ini buat seorang KAWAN
seorang KAWAN yang dah lama aku kenal
KAWAN yang dah ada dalam hati aku
persahabatan kami cukup sempurna.
pernah aman.pernah damai.pernah juga dilambung ombak.
ombak ganas
sekarang ini aku rindukan KAWAN itu
terlalu rindu.banyak yang kami kongsi.banyak yang kami cerita.
ada setuju ada tidak.
KAWAN aku yang ini lain.
lain yang macamana payah nak aku terangkan.
tapi yang lain itu buat KAWAN ini selalu dalam hati aku.

even aku dah ada ramai kawan2 yang sangat besh!!! namun KAWAN aku yang ini sentiasa aku ingat.


kepada KAWAN aku itu:
" i really miss our old time''

Tuesday, April 13, 2010

HaRi-Hari Yang BeRlaLU

kali ini hanya mahu cerita Hari-hARI yang BERLALU.
bermula dari SABTU last week sampai Hari ni. RABU.
banyak yang dah berlaku.semua yang gembira-gembira sahaja.
ALHAMDULLILAH..SYUKUR MY ALLAH


Sabtu

masa semua orang keluar dari area Bandar Baru Bangi, aku dan roomate ku hanya memerap di bilik. macam biasa qadak tidur. bangun2 aku terus on9.layan blog2 yang best. lepas zuhur aku terus bersiap-siap. mahu ronda2 tanah air sendiri.hahaha. kami berdua pergi WARTA. memang dah rancang awal-awal pun. Turun naik eskelator, masuk kedai keluar kedai, makan, minum....lepak kat mamak.Tengok-tengok hampir 2 jam kami kat sana.

Destinasi yang seterusnya...NIGHT MARKET..hooyey!!! time untuk jalan-jalan cuci mata pula. Pusing punya pusing aku dah borong satu tudung syria.suka sangat.dah pakai pon tudung tu.nanti che Tie tunjuk ye. bank in duet di MAYBANK dan lepas tu balik lepas kitaorang dapat CHAR KUEW TEOW PULAU MUTIARA...

AHAD

hanya di bilik meneruskan melayan blog2 dan PRINCESS and THE FROG. happy juga time ni sebab tiada apa yang menggangu.

ISNIN

hari yang paling aku tak suka.ada ke orang suka isnin. hari ni pasti dan mesti aku tin tong plus blur2. nasib baik class cuma 1. reda la sikit tin tong aku ni. rezeki murah la sangat hari ni.kenapa?? MADAM DALILA belanja semua class mate aku nasi lemak..horray.jimat2. bertambah lagi rezeki kitaorang apabila PUAN RABIAH a.k.a naqibah kelas mahu belanja makan KFC.hoorayy lagi!! murah la rezeki diaorang ye..ameen.

SELASA

hari yang paling GEMBIRA apabila baju korea sampai..HORREY lagi!!!! kan hari tu pergi bank in duit.sebab tu la. mye, yatie dan juju beli baju dari online.cutekorean.blogspots. lawa la.puas hati.sangat puas hati.tak sabar nak pakai.memang hatiku sedang berbunga-bunga la di kala ini...nanti che Tie upload gambar baju2 tu okey..

RABU

masih belum2 apa lagi terjadi......

sampai ketemu lagi ya...

Tuesday, April 6, 2010

KALI PERTAMA

ini kali pertama....
tak pernah aku buat sebelum ni
kalau ada terlintas aku tetap fikir banyak kali
tapi kali ini..............aku terpaksa

APAKAH ITU???

meluahkan perasaan di sini
rahsia di hati aku tak siapa yang tahu
kalau makhluk itu ada
terasa mahu aku lepuk2.bukan lepuk manja
terasa mahu dibunuh.dikerat 18.
kegeraman telah menguasai fikiran
hatti aku rasa macam nak meletup2.
baik cepat makhluk itu bagi tahu punca
terasa bodoh dan bebal juga
menunggu.ada.menunggu.ada
sampai bila.

Thursday, March 25, 2010

chenta kita macam gua-gula

che tie minat dengan poem juju ni..
my frenz che juju yang punya sebenarnya...
juju said....

'' chenta kita macam gua-gula
bila tengah happy manis macam LOLIPOP
bila tengah sedih pahit macam gula-gula HACKS
bila rindu kelat macam gula-gula
MENTOS ''
che tie said...

'' chenta macam gula-gula.
bila tengah berangin macam gula2 HALLS
bila tengah nakal macam tengah kunyah2 CWENGUM
chenta itu jernih macam GULA PASIR
dan kadang-kadang gelap macam GULA MELAKA ''
thanks juju....=)

Saturday, March 20, 2010

Saya Suka

Disini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu
Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu, Oo~ meski tanpamu
Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Kalau aku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu, oo~ aku menunggu

Thursday, March 18, 2010

adik-adik ku

adik-adik anak soleh
adik-adik serba boleh


rancangan baru..i love it very much
demensi baru untuk anak-anak Malaysia
tak semestinya rancangan hiburan sahaja yang best
rancangan nie pon best juga
mungkin kita yang sudah sewasa pun tak mampu nak berucap depan ramai orang macam tu.
tau tak rancangan ni.dah nak habis pon.
keep it up JAKIM!!!
good work good idea

p/s: anak Lecturer CHE tIE masuk...go Wajih!!

Wednesday, March 17, 2010

You dan KaMu

you are...
my punch bag when i feel so angry
my pillow when i want to cry
my listener when i have a lot of nonsence story
my guide when i don know left or right.

bila aku jatuh kamu hulurkan tangan kamu
untuk aku sambut supaya tidak jatuh lagi
kamu ialah kamu
itu yang aku tahu.

Monday, March 15, 2010

home sweet home

i love my home
even it small
not big
not colourful
just ordinary home
extraordinary from other houses
i love my home
home sweet home
cute.special.my best place.

Wednesday, March 10, 2010

maafkan yatie

emosi tidak berapa stabil
mungkin disebabkan faktor persekitaran dan juga dalaman
maaf kepada yang menerima tempiasnya..

Sunday, March 7, 2010

masa semakin suntuk

ini sahaja yang mampu che tie nyatakan...
MASA semakin SUNTUK!!!!!

Friday, March 5, 2010

MiNyAK + Air = tak Akan BerCampUR

kadang-kadang..

sekelas tapi tak bermesra
sejiran tapi tak bersapa
sekampung tapi tak datang tolong
seagama tapi buat tutup mata
senegara tapi buat tak tahu saja

tapi kita bukan MiNyak atau Air yang tidak bisa bercampur..

Thursday, March 4, 2010

Beradu.Sleep.Tidur.

duduk berubah baring
siang bertukar malam
kepenatan dan keletihan
hingga jantung perlahan mengepam
oksigen kurang di serebelum
mata semakin kuyu
bantal...tilam...
aku mahu beradu..


catatan terakhir sebelum mengalami mati dunia ..=0

Wednesday, March 3, 2010

BILA MAHU TAMAT

ia sudah lama dicipta..nama dan watak dalam catatan ini sudah diubah dalam menjamin ketenangan emosi mereka2...
atina dan maisya termenung sahaja
apa yang difikirkan
mungkin merancang mahu makan ikan emas
atau ke pasar malam petang ini.........
bila mahu tamat
along dan jue asyik dengan FB sahaja
baru menyertai sebentar tadi
sindrom melanda....
husna sudah tidur
lena sekali
mungkin sudah termimpi-mimpi
kepalanya sudah ke sana sini
saya pula???
sudah mengantuk.
masih belum menyiapkan ELP
bila mahu tamat
saya keletihan sangat
saya sangat lapar
bila mahu tamat
saya sudah tidak larat
asyik ***** shaja =)


CATATAN INI DIREKA PADA:

Waktu : tengahari yang memanaskan
Kelas : kelas paling flexsible!!

satu petang di Kuala Lumpur

kepanasan.sebotol minuman di tangan.
menunggu.lambat.
di mana kereta bertayar besi?
tiba jua.sedikit kedinginan menerpa.
bergerak..bergerak..terus menyusur ke destinasi.
bertukar.masuk.keluar.turun.naik.
akhirnya tiba...
terus mencari tujuan ke mari.
bentuk segi empat.besar dan kecil.tebal atau nipis.
yang penuh dengan kata-kata.
berdetik waktu.setiap berlalu.
masa yang ada suntuk!!!
seperti menanti bom yang mahu meletup.
dari rak ke rak.
berdiri.duduk.
menyalin kembali...
berdiri di mesin menyalin..............
hingga masa itu berhenti.

p/s: merapu2 cerita di lib negara smalam..=)

Monday, March 1, 2010

AdA pERkEMbAnGAN dan PeRuBahan!!!

dari kosong ke 1..
1 ke 2..
dari tiada jadi ada.
dari duduk jadi berdiri..
tak tahu hingga tahu
dari siang berubah malam..
dari hostel pulang ke rumah..
hari ke hari.
minggu ke minggu..
minggu beranjak ke bulan..
dari buta berubah nampak.
dari jaga hingga tidur..

ASSIGMENT che tie MASIH TAK SIAP2!!!!!
P/S: hidup ini penuh perubahan..=)

Sunday, February 28, 2010

ToUcHinG...

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama iniYa Illahi
muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu
biar ia menceritakan segalanya...................
mUhAsAbah CintA BY edcoustic.

Wednesday, February 24, 2010

menungggu di TERMINAL 2

sepatutunya semalam Che Tie balik rumah.tapi disebabkan hal bilik kat hostel tak abes2 terpaksa ia ditangguhkan ke hari ini..

sekarang Che Tie kat Terminal 2, Seremban..menumpang untuk online sekejap.tiket bus jam 4.30.
i have more than 45 minutes..1st time memblogging in front of public.kat blakang ni ada je orang tapi buat2 tak tau je la.haha
dalam KTM tadi perrgh mengantuk tahap maximum..tapi Che Tie tahan jugak..berhati2 sebelum apa terjadi gitu.

samapi je T2, terus jer ke kaunter tiket..takut habes.last2 nak nalik apa..melalak plak kat sini. tak pasal2 Pak Cik Syed Agil kena datang amek..huhuuh

mahu tahu apa yang terjadi
pertama kali dalam hidup Che Tie tengok aksi orang pukul2..selalunya dalam TB je.
dan yang lebih terkezut lagi MAT SALLEH a.k.a ORANG PUTIH yang MENUMBUK LELAKI MELAYU itu..
apa puncanya..tak dapat dikesan..salah siapa??? che Tie tak dapat detect..
cuba jugak nak jafi wartwan tapi kerani kaunter tu kata tak tau..
rasa macam sakit jer mamat tu kena PUKKK.!!!
dia pun terus blah..tak pon balas..bagusla nanti melarat2 pula...
dah la nak p jalan2 cari makan.cuci mata..

tata..hepi oliday semua.=)

KOT 2010

kejohanan olahraga tahunan 2010 IPIS
sukan..sukan..sukan..
lari.lontar.lompat.semuanya sukan.
tapi che tie tak dikurniakan semua bakat tu.
berlari .melompat,melontar itu boleh.tapi bukan untuk menang!!!
jadinya che Tie bukan salah seorang peserta yang merebut medal2 yang bersusun tu.
tengok mereka berlari tak kira lelaki atau perempuan...FUHH..memang hebat.
yang ada asas kesukanan masing2 ada gaya..orang kata ''STYLO''...
lari macam tak jejak tanah je.
RUMAH OREN JUARA!!!!
tapi che Tie rumah MERAH..
MENANG atau KALAH bukan itu pentingnya..
SEMANGAT KESUKANAN itu utamanya..

Tuesday, February 23, 2010

benci pada orang BELAGAK

eee..kenapa ye semua yang orang cakap dia pon nak cakap..pas tu nak tinggi je.rendah sikit tak boleh ke manusia.

cuba berfikiran positif dengan memikirkan dia tidak sedar akan perkara tersebut tetapi kalau kerap kali berlaku...huaaa..mana boley tahan beb!!!

jangan lupa lagi

huh....keadaan yang menensionkan diri yang boleh dinyatakan sebagai jiwa kacau.
mengapa terjadi???
jika dikira-kira sudah 2 blog yang che tie cipta..cuba untuk membuka selepas dibuat sekatan jalan oleh KPM..tapi akhirnya...HUH..tak boleh dibuka..
salah password mungkin.
ada kena mengena dengan tahap daya ingatan che tie yang semakin parah mungkin..
pasti ada kajian susulan yang akan dilakukan...